Disember 18, 2025 -Khamis

 
 
 

Khamis 09/08/2018

JEMPUTAN LIPUTAN PELANCARAN KEMPEN JOM BERZAKAT @ Zakat.com.my

Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ Wilayah Persekutuan) akan mengadakan Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my.

Objektif kempen ini adalah sebagai hebahan kepada masyarakat umum tentang kemudahan membuat pembayaran melalui Portal PPZ Wilayah Persekutuan yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Pelancaran kempen ini akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusof. Turut hadir, beberapa wakil penaja utama Kempen Jom Berzakat iaitu SeriGroup Global Sdn. Bhd.

Berikut adalah butirannya:

Hari/Tarikh : Rabu 15 Ogos 2018

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Dewan Al-Qardhawi, Tingkat 7,
Wisma PPZ 68-1-6, Dataran Shamelin,
Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100, Kuala Lumpur


Program

10.30 pagi : Ketibaan Tetamu

10.55 pagi : Ketibaan VIP

11.00 pagi : Aluan Pengacara Majlis

: Bacaan Doa

11.05 pagi : Ucapan oleh :
Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP

11.15 pagi : Pelancaran Kempen - Gimik

: Tayangan Montaj

: Penyerahan Cenderahati Kepada Penaja

: Sesi Bergambar

: Sidang Akhbar

12.00 tengah hari : Makan Tengah hari

1.00 petang : Majlis Tamat


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Norazlina Nordin
Tel : 019 728 3839

Nama : Cik Iylia Mardhiana
Tel : 019 550 6747

Nama : Nur Haliza Abd Rahman
Pengurus
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel : 012-500 3547

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.