ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
 
 

Isnin 13/08/2018

MUZAKARAH PAKAR "KETAGIHAN, KELUARGA DAN KELESTARIAN KOMUNITI"

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Kumpulan Penyelidikan Skim Geran Niche Research Grant Scheme oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (NRGS-KPM) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menganjurkan Muzakarah Pakar "Ketagihan, Keluarga dan Kelestarian Komuniti" pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu-Khamis 15-16 Ogos 2018

Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang (15 Ogos)
8.30 pagi - 4.30 petang (16 Ogos)

Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur

Program
Sila klik disini


Pengenalan:

Muzakarah Pakar ini akan membincangkan hasil kajian yang bertajuk "Ketagihan, Keluarga dan Kelestarian Komuniti" yang ingin mencari satu pendekatan komprehensif rawatan penagihan opiat yang melibatkan penagih opiat dan keluarga terbabit. Rawatan ini menggunakan elemen bio-psiko-spiritual, psiko-dakwah dan sosial serta kualiti hidup. Pendekatan ini secara berasingan memberi fokus kepada individu dan keluarga.

Kajian ini mendapati ketagihan merupakan ancaman terhadap kelestarian kehidupan sama ada di peringkat individu, keluarga dan komuniti. Fenomena ketagihan hari ini tidak lagi terfokus kepada penyalahgunaan bahan (substance abuse) sebaliknya telah mencakupi aspek hidup lain seperti ketagihan peranti (gadget) dan siber, seksual, pornografi, hiburan dan makanan.

Ketagihan secara amnya adalah antara ancaman terbesar terhadap kelestarian dan kesejahteraan generasi pada masa akan datang. Hal ini tentunya akan menjadi salah satu batu penghalang kepada wawasan dan polisi negara untuk melahirkan generasi yang seimbang dan bergerak ke arah sebuah transformasi peradaban Malaysia yang lebih harmoni dan lestari.

Muzakarah ini merupakan platform untuk mewacanakan isu ketagihan sebagai cabaran utama terhadap kelestarian institusi keluarga dan komuniti. Muzakarah ini diyakini menjadi medan terbaik untuk mendapatkan input dari pakar-pakar bidang dan pemegang taruh berkenaan isu ketagihan.

Dalam usaha menjayakan misi ini, para penyelidik UniSZA dan IKIM bekerja sama secara strategik untuk impak yang lebih berkesan. Objektif program ini adalah:

1. Menjelaskan ancaman ketagihan terhadap kelestarian hidup merangkumi institusi keluarga, komuniti dan negara.

2. Memperkasa institusi keluarga sebagai unit sosial yang berfungsi sebagai agen perubahan sikap dalam mendepani fenomena ketagihan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

Sumber : INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019-276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.