ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
 
 

Rabu 15/08/2018

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN HARI MARDI PULAU PINANG 2018

Sukacita dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan menganjurkan Hari MARDI Pulau Pinang pada 16 Ogos 2018 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Program yang dianjurkan ini merupakan salah satu platform kepada MARDI dan Kementerian amnya untuk menyebarkan teknologi-teknologi yang dihasilkan kepada golongan sasar. Bersempena dengan majlis yang akan diadakan, pelbagai aktiviti seperti seminar padi , pameran teknologi, demo teknologi, kursus teknologi, klinik usahawan, pameran usahawan dan jualan usahawan.

Sehubungan dengan itu, majlis perasmian majlis akan disempurnakan oleh YB Dr Afif bin Bahardin,Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang pada ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Khamis 16 Ogos 2018

Masa : 11.00 pagi

Tempat : MARDI Seberang Perai, Kepala Batas, Pulau Pinang

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : MARDI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Akmal bt Hassan
Tel : 019-455 3400

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.