|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 21/08/2018
BORANG PENYERTAAN MEDIA KE IFLA WORLD LIBRARY AND INFORMATION CONGRESS (IFLA WLIC) 2018
Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebuah Jabatan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) dengan kerjasama Persekutuan Antarabangsa dan Persatuan Institusi Perpustakaan (IFLA) akan menganjurkan Kongres SeDunia Perpustakaan dan Maklumat IFLA WLIC ke-84 pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : 25 - 30 Ogos 2018
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Dijangka lebih 3,000 pustakawan dari seluruh dunia bakal menghadiri acara yang berprestij dan menarik untuk pustakawan ini. Tema kongres di Malaysia pada kali ini adalah Transformasi Perpustakaan, Tranformasi Masyarakat: Mencapai Yang Sukar Dicapai adalah sebagai pengiktirafan terhadap peranan yang dimainkan oleh perpustakaan dalam pembangunan sebuah negara terutama dalam kemampuan untuk mengubah masyarakat.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) juga amat berbesar hati menjemput media untuk menyertai IFLA World Library and Information Congress (IFLA WLIC) 2018 ini. Bagi tujuan penyelarasan, YBhg Datuk / Dato' / Tuan / Puan adalah dimohon untuk mengisi borang penyertaan seperti di lampiran dan dikembalikan kepada hashimah@pnm.gov.my sehingga 21 Ogos 2018. Hal ini kerana pihak IFLA amat menitikberatkan akses semasa kongres berlangsung.
Sila klik di sini untuk Borang penyertaan
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : Persekutuan Antarabangsa dan Persatuan Institusi Perpustakaan (IFLA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Azfaradila binti Zainal Abidin
Tel : 03-2687 1763
Emel : azfaradila@pnm.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|