Disember 15, 2025 -Isnin

 
 
 

Selasa 21/08/2018

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE TAKLIMAT SUKARELAWAN SEMPENA WORLD LIBRARY AND INFORMATION CONGRESS WLIC IFLA 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebuah Jabatan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) dengan kerjasama Persekutuan Antarabangsa dan Persatuan Institusi Perpustakaan (IFLA) akan menganjurkan Kongres SeDunia Perpustakaan dan Maklumat IFLA WLIC ke-84.

Sehubungan dengan itu, satu Taklimat Sukarelawan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 22 Ogos 2018

Masa : 3.30 petang

Tempat : Volunteer Room
Link Hall 3, Ground Floor
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan taklimat tersebut.

Sumber : Persekutuan Antarabangsa dan Persatuan Institusi Perpustakaan (IFLA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Azfaradila binti Zainal Abidin
Tel : 03-2687 1763
Emel : azfaradila@pnm.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.