|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 21/08/2018
JEMPUTAN MEDIA KE PATA TRAVEL MART 2018
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (TM) akan menganjurkan Pacific Asia Travel Association (PATA) Travel Mart 2018 di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi, Kedah dari 12 hingga 14 September 2018.
Memandangkan PATA Travel Mart 2018 adalah satu travel trade show, kemasukan ke MIEC adalah terhad kepada pihak media yang membuat pendaftaran sebagai Media Delegate.
Mohon ambil maklum akan perkara di bawah:
1. Mohon kerjasama pihak media untuk membuat pendaftaran sebagai Media Delegate selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2018 (Jumaat) melalui Laman Web PATA di www.PATA.org/PTM/.
2. Hanya nama yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk masuk dan membuat liputan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi menghadiri dan membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
E-mel : communications@PATA.org
Nama : Encik Wan Mohd Rahim Bin Yusof
Tel : 04-9600 540/016-263 4504
E-mel : wanrahim@lada.gov.my
Nama : Encik Mohd Tarmizi Bin Mohamad Tajuddin
Tel : 04-9600 543/017-987 7343
E-mel : tarmizi@lada.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|