Disember 13, 2025 -Sabtu

 
 
 

Selasa 28/08/2018

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE MAJLIS PENUTUP IFLA WORLD LIBRARY AND INFORMATION CONGRESS (IFLA WLIC) 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebuah Jabatan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) dengan kerjasama Persekutuan Antarabangsa dan Persatuan Institusi Perpustakaan (IFLA) sedang menganjurkan Kongres SeDunia Perpustakaan dan Maklumat IFLA WLIC ke-84.

Dengan tema kongres di Malaysia pada kali ini adalah Transformasi Perpustakaan, Tranformasi Masyarakat: Mencapai Yang Sukar Dicapai adalah sebagai pengiktirafan terhadap peranan yang dimainkan oleh perpustakaan dalam pembangunan sebuah negara terutama dalam kemampuan untuk mengubah masyarakat.

Sehubungan dengan itu, Majlis Penutup IFLA World Library and Information Congress (IFLA WLIC) 2018 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 29 Ogos 2018

Masa : 3.45 petang

Tempat : Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis penutup tersebut.

Sumber : Persekutuan Antarabangsa dan Persatuan Institusi Perpustakaan (IFLA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Fatin Akhma
Tel : 017-5982825

Nama : Encik Fazil Wel
Tel : 012-3952469

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.