|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 29/08/2018
JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN 'KLINIK BERGERAK SUTERA' BERSAMA MENTERI KESIHATAN MALAYSIA, YB DR. DZULKEFLY BIN AHMAD
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Avisena akan mengadakan satu Majlis Pelancaran Klinik Bergerak Sutera yang akan dilaksanakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dr. Dzulkefly Bin Ahmad pada 2hb September 2018 seperti ketetapan berikut.
Hari/Tarikh: Ahad 2 September 2018
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Orang Ramai, Kg Jaya Setia, Bestari Jaya, Kuala Selangor
Untuk makluman pihak tuan/puan, Yayasan Avisena telahpun ditubuhkan pada bulan Mac 2016 oleh Ahli Pengasas Avisena Specialist Hospital (dahulu dikenali sebagai DEMC Specialist Hospital), atas dasar mendokong dan memikul tanggungjawab terhadap kesan organisasi terhadap kesejahteraan alam sekitar dan sosial masyarakat. Dengan slogan "Mengukir Senyuman, Mencipta Harapan", Yayasan Avisena bertujuan untuk terus memberi manfaat kepada masyarakat dalam memberi kesan untuk prospek hidup yang lebih baik.
Program
9.00 pagi - 1.00 tengah hari: Pemeriksaan Kesihatan
9.30 pagi - 10.00 pagi: Ketibaan Jemputan dan VIP
10.05 pagi - 10.10 pagi: Bacaan Doa
10.10 pagi - 10.20 pagi: Ucapan oleh Penghulu Bestari Jaya
10.20 pagi - 10.30 pagi: Ucapan oleh Pengerusi Yayasan AVISENA
10.30 pagi - 10.50 pagi: Ucapan & Perasmian KBS oleh Menteri Kesihatan
10.50 pagi - 11.00 pagi: Penyampaian Cenderahati
11.00 pagi - 12.00 tengah hari: Jamuan ringan
12.00 tengah hari - 3.00 petang: Ziarah & Penyerahan Sumbangan
3.00 petang - 5.00 petang: Sukaneka Rakyat
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
Sumber: Avisena Holdings Sdn Bhd
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Pn Noraihan Abd Hamid
Jabatan Korporat Komunikasi & Pemasaran
Tel: 013 675 2809
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|