|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 30/08/2018
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS ZAKAT KORPORAT 2018
Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Zakat Korporat 2018.
Pada majlis tersebut 15 syarikat dan organisasi di Wilayah Persekutuan yang akan membuat penyerahan zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP.
Majlis ini akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Yang Berbahagia Dato' Dr. Mujahid bin Yusof. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPZ Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dan 7 orang ikon usahawan asnaf.
Justeru, kami dengan sukacitanya ingin menjemput rakan-rakan media bagi membuat liputan pelancaran dan majlis tersebut pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 5 September 2018
Masa : 2.00 petang
Tempat : Satria Ballroom, Tingkat 3,
Hotel Dorsett Putrajaya
PROGRAM
2.00 petang : Ketibaan tetamu
2.30 petang : Ketibaan YB Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
2.35 petang : Aluan Pengacara majlis
: Bacaan Doa
2.45 petang : Majlis Penyerahan Zakat Korporat
: Sesi Bergambar
3.10 petang : Ucapan oleh YB Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
3.20 petang : Sidang Media
3.30 petang : Jamuan Tengahari
4.00 petang : Majlis Tamat
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Norazlina Nordin
Tel : 019 728 3839
Nama : Cik Iylia Mardhiana
Tel : 019 550 6747
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|