Disember 13, 2025 -Sabtu

 
 
 

Khamis 30/08/2018

KURSUS PANDUAN DIALOG ANTARA PENGANUT AGAMA

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Kursus "Panduan Dialog Antara Penganut Agama" pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa-Rabu 4-5 September 2018

Masa : (Sila rujuk program)

Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur

Program
Sila klik disini

Pengenalan

Kepelbagaian (suku dan puak) dalam kejadian manusia merupakan salah satu tanda kebesaran Allah SWT seperti dijelaskan dalam al-Quran (al-Hujurat:13). Sebagai umat Islam, tanggungjawab kita adalah mencari cara yang terbaik untuk mengurus kepelbagaian ini supaya masyarakat berbilang bangsa dan budaya dapat hidup berharmoni. Interaksi antara penganut agama dalam sesebuah masyarakat memerlukan tahap kepekaan dan sensitiviti yang tinggi. Kadang kala masyarakat terjebak ke dalam krisis dan konflik kerana kurangnya kefahaman mengenai perspektif agama-agama lain tentang sesuatu perkara.

Dialog antara penganut agama merupakan satu platform yang berguna bagi membina kefahaman yang lebih menyeluruh dan mampu menghindari sebarang konflik yang mungkin timbul akibat salah tanggapan. Dialog boleh bertindak sebagai jambatan yang dapat menghubungkan perbezaan dan keragaman hidup bermasyarakat. Pemahaman yang terbina melalui aktiviti dialog akan menjadi satu usaha murni ke arah permbinaan masyarakat berbilang bangsa dan agama yang lebih harmoni dan bersatu padu.

Antara objektif kursus ini adalah.:
i. Meningkatkan kefahaman tentang konsep dan kepentingan dialog antara penganut agama;
ii. Mempelajari kaedah dan adab dalam berinteraksi dan amalan dialog antara penganut agama dan
iii. Mengenalpasti dan memberi panduan dalam aktiviti dialog antara penganut agama.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019-276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.