|
|
|
|
Disember 11, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 18/09/2018
PROGRAM SKETSA KOMEDI CFM - "GAGS & COFFEE 2.0"
FORUM PENGGUNA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (CFM) MENJEMPUT RAKAN-RAKAN MEDIA KE
PROGRAM SKETSA KOMEDI CFM - "GAGS & COFFEE 2.0"
#SembangKopiCFM
bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2018 (WTISD18) anjuran KKMM
Sebagai pengenalan, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) adalah sebuah forum industri yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang ditubuhkan sejak Februari 2001.
Bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2018 (WTISD18) peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), CFM terus komited untuk mendekati para pengguna bagi memberi pemahaman tentang isu-isu komunikasi dan multimedia dengan cara yang lebih santai melalui persembahan sketsa komedi yang menampilkan pelawak tempatan seperti Ebby Yus dan AG Hafiz (Finalis Lawak Solo). Pelawak jemputan akan menyampaikan maklumat dalam bentuk hiburan komedi tentang jenis aduan yang kerap dilaporkan pengguna-pengguna di bahagian Utara Semenanjung Malaysia serta masalah yang sering dihadapi pengguna dalam perkhidmatan telekomunikasi seperti Bil & Caj, Kualiti Liputan, Kualiti Perkhidmatan oleh syarikat penyedia perkhidmatan.
Melalui program ini, pengguna dapat mengetahui maklumat yang bermanfaat tentang penggunaan perkhidmatan telekomunikasi di samping dapat menikmati hiburan komedi yang disajikan. Dalam masa sama, program ini juga bertujuan untuk menyampaikan tentang peranan CFM yang dapat membantu pengguna sekiranya menghadapi masalah dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia. Program tersebut bakal dihadiri oleh Pengerusi CFM dan Pengurusan KKMM.
Sehubungan itu, kami menjemput rakan-rakan media untuk hadir ke PROGRAM SKETSA KOMEDI CFM - "GAGS & COFFEE 2.0" pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 22 September 2018
Masa : 4.30 pm - 6.00 pm
Tempat : Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Alor Setar, Kedah
Sila klik disini untuk Program
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Roharrashidah Abdul Halil
Tel: 017 - 896 1588
Emel: roharrashidah@cfm.my
Nama: Nur Shazwani Zainuddin
Tel: 017 - 401 2010
Emel: shazwani@cfm.my
Nama: Noor Shadhdiella Abd Manan
Tel: 019 - 324 6036
Emel: shahdiella@cfm.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|