Disember 08, 2025 -Isnin

 
 
 

Rabu 26/09/2018

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMERKASAAN KOMUNITI KRAF MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN DI LAHAD DATU, SABAH

Kraftangan Malaysia akan mengadakan Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Komuniti Kraf Malaysia Peringkat Kebangsaan di Lahad Datu, Sabah sepertimana butiran berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 29 September 2018

Masa: 9.30 pagi

Tempat : Arena Belia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Daerah Lahad Datu Sabah

Dilancarkan : Yang Berhormat Tuan Mohamaddin bin Ketapi Oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia


Bersempena majlis ini, pelbagai aktiviti diadakan iaitu Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Baru, jualan kraf, demonstrasi produk kraf, pendidikan kraf, demonstrasi dan jualan makanan tradisi serta jamuan rakyat yang melibatkan komuniti setempat.

Justeru itu, sukacita Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput pihak media untuk hadir dan membuat liputan Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Komuniti Kraf Malaysia Peringkat Kebangsaan di Lahad Datu, Sabah seperti tarikh dan masa di atas.

Program

9.00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan dan Rakan Media

9.15 pagi : Ketibaan Dif-dif Kehormat

9.30 pagi : Ketibaan
Yang Berhormat Tuan Mohamaddin bin Ketapi
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Lawatan ke Pameran dan Jualan

Lagu Negaraku

Lagu Sabah Tanah Air Ku

Bacaan Doa

Ucapan Alu-aluan oleh
Yang Berbahagia Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia

Ucapan Pelancaran oleh
Yang Berhormat Tuan Mohamaddin bin Ketapi
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Gimik Pelancaran

Penyampaian :

Sijil Penyertaan Makmal Pembangunan & Pengeluaran Produk Baru
Insentif Pengeluaran Kraf
Sumbangan Bahan Ilmiah Kepada Sekolah & Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Lahad Datu
Cabutan Bertuah

Jamuan

11.00 pagi : Majlis Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan majlis pelancaran tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793
www.kraftangan.gov.my

Nama : Cik Fazlin / Cik Azima
Tel : 012-664 1734 / 013-727 6672

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.