|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 08/11/2018
BANK ISLAM LANCAR INISIATIF 'JOM KE SEKOLAH': PERUNTUK HAMPIR RM230,000 UNTUK AGIH BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA 600 PELAJAR ASNAF DI LIMA LOKASI
Bank Islam Malaysia Berhad ("Bank Islam") akan melancarkan inisiatif AMAL Ihtimam Pendidikan - Jom Ke Sekolah, di Kuching, Sarawak. Seramai 200 pelajar asnaf dari 10 buah sekolah di Kuching, Sarawak akan menerima bantuan persekolahan berupa set lengkap kembali ke sekolah yang terdiri dari 2 set pakaian seragam sekolah untuk lelaki dan perempuan, 2 set baju sukan, beg, 2 pasang kasut dan juga setokin. Inisiatif ini akan turut dilaksanakan di empat lokasi lain di mana Bank Islam beroperasi iaitu di Manjung, Perak; Kota Bharu, Kelantan; Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur yang akan melibatkan 400 penerima manfaat. Selain itu juga, Bank Islam akan turut menyumbang RM50 setiap seorang sebagai bantuan bayaran yuran persekolahan pelajar asnaf.
Penyerahan akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (Pemangku) Bank Islam, En Mohd Muazzam Mohamed bersama Pengerusi Bank Islam, Datuk Zamani Abdul Ghani dan wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuching.
Sehubungan itu, kami berbesar hati mengundang wakil pemberita serta jurufoto dari organisasi media tuan/puan untuk membuat liputan majlis pelancaran ini yang akan diadakan seperti ketetapan berikut.
Hari/Tarikh: Isnin 12 November 2018
Masa: 12.00 tengah hari - 2.00 petang
Tempat: Ranyai Ballroom, The Waterfront Hotel, Kuching, Sarawak
Program
11.30 pagi: Ketibaan murid-murid, guru dan tetamu jemputan
12.15 tengah hari: Ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif (Pemangku) Bank Islam, En. Mohd Muazzam Mohamed & Pengerusi Bank Islam, YBhg. Datuk Zamani Ghani
12.30 tengah hari: Aluan Pengerusi Majlis
12.35 tengah hari:
Bacaan Doa
Ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (Pemangku) Bank Islam, En. Mohd Muazzam Mohamed
Gimik Penyerahan 'Jom Ke Sekolah' AMAL Bank Islam
Sesi Fotografi
Jamuan Makan Tengah hari
1.30 petang: Majlis dijangka selesai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Bank Islam Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Wan Norkhairi Wan Samad
Tel: 019-3394491 / 03-2782 1232
Nama: Encik Omar Atin
Tel: 019-3919144 / 03-2781 2943
Faks: 03-2781 2998
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|