|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 08/11/2018
MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN CIO CONVEX 2018 (PSCC 2018)
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Majlis Perasmian Persidangan CIO Convex 2018 (PSCC 2018) dengan bertemakan Next-Gen Government : Embracing Innovation and Disruption pada ketetapan seperti yang berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 13 November 2018
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Pusat Konvensyen Tabung Haji KLIA
43900 Sepang, Selangor
Sila klik di sini untuk PROGRAM
Perasmi : YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Hj. Bakar
Ketua Setiausaha Negara
Persidangan CIO Convex 2018 ini adalah untuk mengarusperdanakan Kerajaan Digital dalam penawaran perkhidmatan Kerajaan. Persidangan ini juga menyediakan platform kepada perkongsian idea dan pengalaman serta peluang kolaborasi yang lebih mantap antara agensi Kerajaan, akademia, sektor swasta dan Komuniti Terbuka bagi meningkatkan tahap keyakinan dalam pembangunan dan pelaksanaan sistem berasaskan sumber terbuka. Persidangan ini akan melibatkan pembentang antarabangsa dan tempatan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat
MAMPU
Tel : 017 696 3732
Emel : pro@mampu.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|