|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 12/11/2018
PRUBSN DAN KPJ PENANG GABUNG TENAGA MENCEGAH PENYAKIT INFLUENZA DI KALANGAN KANAK-KANAK
Pengendali takaful keluarga terkemuka, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) dan hospital panelnya, KPJ Penang Specialist Hospital (KPJ Penang), akan menganjurkan sesi taklimat media untuk mengumumkan usahasama mereka dalam mencegah penyakit berkaitan influenza yang berleluasa di kalangan kanak-kanak melalui program vaksin influenza percuma. Program ini ditawarkan secara eksklusif dan terpilih untuk anak-anak para pelanggan PruBSN dan KPJ Penang yang berusia bawah 5 tahun, bermula dari 1 November sehingga 26 Disember 2018.
Taklimat berikut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 15 November 2018
Masa: 10.30 pagi - 1.30 tengah hari
Lokasi: Customer Lounge (Tingkat 3), KPJ Penang Specialist Hospital,
Jalan Perda Utama, Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, Penang
Tetamu kehormat:
Majlis dan sidang media akan diwakili oleh;
1. Ketua Pegawai Pemasaran, Prudential BSN Takaful, Encik Wan Saifulrizal Wan Ismail
2. Ketua Pegawai Eksekutif, KPJ Penang Specialist Hospital, Encik Zabidi Hj Abdul Razak
Peluang Bergambar: Tetamu kehormat daripada PruBSN and KPJ Penang, taklimat influenza oleh perunding perubatan PruBSN, sesi soal jawab media, dan demo vaksin influenza secara langsung di klinik KPJ Penang.
Rakan-rakan media yang ingin hadir diminta memaklumkan kehadiran selawat-lewatnya pada hari Rabu 14 November 2018 ke wan.madzrina@prubsn.com.my/012 9331362dan amyrah@kpjpenang.com/013-4803151 bagi memastikan tempat duduk dan baucar vaksin influenza percuma untuk anda.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis dan menyertai sidang media tersebut.
Sumber: Prudential BSN Takaful
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Rina Ali
Penjenamaan & Komunikasi
Tel: 012-9331362, 03-20531160
Emel: wan.madzrina@prubsn.com.my
Nama: Amyrah Yusoff
KPJ Penang
Perhubungan Awam & Pemasaran
Tel: 013-4803151, 04-5486688 (ext 2601)
Emel: amyrah@kpjpenang.com
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|