Disember 07, 2025 -Ahad

 
 
 

Isnin 12/11/2018

BENGKEL KEMBARA SYIFA' MEMAHAMI DAN MENANGANI MASALAH KESIHATAN MENTAL

Demi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesihatan mental, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Bengkel Kembara Syifa' Memahami Dan Menangani Masalah Kesihatan Mental seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 15 November 2018

Masa: (Rujuk Program)

Tempat: Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur


Pengenalan

IKIMfm dikenali sebagai medium menyebarkan Kefahaman Islam menerusi program-program yang bermanfaat dan menghiburkan. IKIMfm mempunyai ramai pendengar setia yang mengikuti setiap perkongsian yang disajikan termasuklah program Kembara Syifa'.

Sebagai respon kepada isu kesihatan mental yang kian meningkat di Malaysia. Program Kembara Syifa' telah diterbitkan sejak awal tahun 2018. Program ini telah mendapat banyak sambutan positif terhadap tajuk-tajuk yang dibawakan berkenaan kesihatan mental.

Antara objektif persidangan ini adalah:

i. Mendidik masyarakat agar lebih prihatin dan celik terhadap isu kesihatan mental yang semakin meluas dalam usaha memelihara modal insane berkualiti untuk masa depan Negara; dan

ii. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia dan mnegurangkan stigma sosial: berkaitan masalah kesihatan mental;

Program

8.00 pagi - 9.00 pagi: Pendaftaran

9.00 pagi - 9.30 pagi:

Ucapan Aluan

YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin,
Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


9.30 pagi - 10.30 pagi:

Sesi I

Dr. Hazli Zakaria, Pakar Psikiatri, HUKM


10.30 pagi - 11.00 pagi: Minum Pagi

11.00 pagi - 12.00 tengah hari:

Sesi II

Ustaz Noor Deros, Pengamal Perubatan Islam


12.00 tengah hari - 1.00 tengah hari:

Sesi III

Pn. Anita Abu Bakar, Presiden Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA)


1.00 petang - 2.30 petang: Makan Tengahari & Solat

2.30 petang - 3.30 petang: Forum

3.30 petang: Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Bengkel Kembara Syifa' tersebut.

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama: Pn. Zawiah
Tel: 03-6204 6329/019-333 4253

Nama: Pn. Wan Zahidah
Tel: 03-6204 6330 / 019- 276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.