Disember 07, 2025 -Ahad

 
 
 

Isnin 19/11/2018

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA: MAJLIS KONVOKESYEN KE - 17 INSTITUT KRAF NEGARA

Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan mengadakan Majlis Konvokesyen Institut Kraf Negara( IKN )kali ke-17 seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 22 November 2018

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Institut Kraf Negara, No. 1, KM 20 Jalan Ipoh - Rawang
Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang

(Peta Lokasi seperti di lampiran)

Disempurnakan oleh: Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia

Table

Istimewa Majlis Konvokesyen IKN kali ini akan diserikan dengan penyampaian penghargaan kepada graduan IKN yang telah berjaya dalam pertandingan WorldSkills Competition (WSC) yang akan berlangsung di Kazan, Rusia pada tahun 2019 selain penyampaian kepada graduan diploma dan sijil.

Majlis Konvokesyen ini turut dimeriahkan lagi dengan Pesta Konvokesyen Ke-17 yang berlangsung mulai 21 sehingga 23 November 2018 dari jam 10.00 pagi - 6.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik boleh disertai oleh orang ramai seperti Demonstrasi & Interaktif Kraf, Pameran Produk Kraf Hasilan Pelajar dan Persembahan Kebudayaan.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis tersebut.


SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel: 03-2161 3793

Nama: Cik Noor Azima Mohd Alwi
Tel: 013-727 6672

Nama: Puan Norehan Ab. Ghani
Tel: 012-657 8824

-BERNAMA







 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.