Disember 07, 2025 -Ahad

 
 
 

Isnin 19/11/2018

MAJLIS PERASMIAN DAN PECAH TANAH: Projek Pembangunan Tanah Wakaf Telok Chengai, Daerah Kota Setar, Alor Setar, Kedah

UDA menerusi anak syarikat UDA Waqf Sdn Bhd (UDA Waqf), bakal memperkenalkan projek pembangunan tanah wakaf hasil usahasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) yang pertama di Kedah. Pembangunan menggabungkan pembinaan hartanah jenis kediaman dan komersial itu bakal dibangunkan di atas lot Tanah Wakaf Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Alor Setar yang berkeluasan 27.23 ekar.

Pembangunan itu bakal menyediakan 286 unit hartanah yang merangkumi 136 unit rumah berkembar 2 tingkat, 69 unit rumah teres 2 tingkat, 64 unit rumah kos rendah setingkat, 15 unit kedai pejabat 2 tingkat serta 2 unit kedai pejabat 3 tingkat.

Bagi memperkenalkan projek berkenaan, satu Majlis Perasmian dan Pecah Tanah bakal diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 21 November 2018

Masa: 4.00 petang

Tempat: Tanah Wakaf Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Alor Setar, Kedah Darul Aman


**Kod Pakaian: Pakaian formal

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah memberi perkenan dan bakal berangkat dan mencemar Duli bagi menyempurnakan Majlis Perasmian dan Pecah Tanah itu.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Saraffuddin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua MAIK turut memberi perkenan dan berangkat sama ke majlis berkenaan diiringi barisan tetamu kehormat iaitu Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir Menteri Besar Kedah, Sohibul Fadhilah Dato' Setia Jaya Dato' Paduka Syeikh Hasbullah bin Haji Abd Halim Timbalan Yang Dipertua MAIK, Sahibus Samahah Dato' Syeikh Fadzil Bin Haji Awang Mufti Negeri Kedah dan Yang Berbahagia Datuk Ahmad Abu Bakar Pengarah Urusan Kumpulan UDA.


Program

4.00 petang: Ketibaan dif-dif jemputan

4.45 petang: Ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah

4.50 petang: Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Yang DiPertua MAIK

5.00 petang: Keberangkatan tiba KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah

Lagu 'Allah Selamat Sultan' dimainkan

Bacaan doa oleh Sohibus Samahah Mufti Negeri Kedah

Ucapan aluan oleh Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings Berhad

Ucapan oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK

Titah ucapan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah

Persembahan cenderakenangan

Majlis santapan

Lagu 'Allah Selamat Sultan' dimainkan

Keberangkatan pulang KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah

Keberangkatan pulang Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah

Kepulangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah

Majlis bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian dan Pecah Tanah tersebut.

SUMBER: UDA Legasi Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Nor Hanisah Kamaruzaman (Nisa)
Tel: 013 597 4264
Emel: n.hanisah@udanet.com

Nama: Latifah Osman (Lat)
Tel: 012 291 5427
Email: lat@udanet.com

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.