|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 21/11/2018
SIDANG MEDIA PENGUMUMAN KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT BERSAMA SELEBRITI PILIHAN
Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ- MAIWP) akan mengadakan Sidang Media pengumuman kempen JADI KAYA DENGAN ZAKAT sempena bulan Year End Zakat 2018 pada ketetapan berikut:
Masa/Tarikh : Selasa 27 November 2018
Masa : 2.30 petang
Tempat : Ting 7, Wisma PPZ, 68-1-6, Dataran Shamelin, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur
Objektif kempen ini diadakan adalah sebagai salah satu promosi bagi menggalakkan umum membayar zakat sebelum 31 Disember 2018 dengan penampilan beberapa selebriti terkenal antaranya Norman Hakim, Bell Ngasri, Ustaz Haslin Baharim dan ramai lagi. Pelbagai aktiviti lapangan dan promosi telah dirangka bagi menarik umum berzakat dan menyertai kempen dari 5 saluran utama zakat ini. Sidang media ini akan dilaksanakan oleh Tuan Hj Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ- MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NUR HALIZA ABD RAHMAN
Pengurus Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel : 012-5003547
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|