|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 22/11/2018
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN BANK ISLAM & CUIC-UUM SME DEVELOPMENT PROGRAMME
Bank Islam Malaysia Berhad ("Bank Islam") akan mengadakan majlis penyampaian sijil tamat latihan SME Development Programme, suatu inisiatif di bawah strategi Pengantaraan Berasaskan Nilai ("VBI") dengan Centre of University-Industry Collaboration, Universiti Utara Malaysia ("CUIC-UUM"). Program ini bertujuan menyediakan latihan dan pensijilan untuk memperkasakan pelanggan Perusahaan Kecil dan Sederhana ("PKS") dengan pengetahuan perniagaan dan set kemahiran yang akan membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi serta mewujudkan kesan positif kepada ekonomi dan masyarakat. Seramai 33 peserta akan menerima sijil bagi program ini yang ditaja sepenuhnya oleh Bank Islam.
Penyampaian sijil akan disempurnakan oleh Encik Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Bank Islam dan Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif (Pemangku).
Sehubungan itu, kami berbesar hati mengundang wakil pemberita serta jurufoto dari organisasi media tuan/puan untuk membuat liputan majlis ini.
Butiran majlis adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 24 November 2018
Masa : 12:00 tengah hari
Tempat : Impiana Banquet Hall, Level 2
Impiana KLCC Hotel
Sila klik di sini untuk E-jemputan dan Program
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Bank Islam Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Wan Norkhairi Wan Samad
Tel : 019-3394491 / 03-2782 1232
Nama : Encik Omar Atin
Tel : 019-3919144 / 03-2781 2943
Faks: 03-2781 2998
-BERNAMA |
|
|
|
|
|