|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 22/11/2018
SIDANG MEDIA PENGUMUMAN PENGANJURAN BERSAMA WORLD ZAKAT FORUM (WZF) 2018 INTERNATIONAL CONFERENCE
Kepada SEMUA WAKIL MEDIA, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan berbesar hati menjemput anda hadir dan membuat liputan program tersebut seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Isnin 26 November 2018
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Lembaga Zakat Selangor, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tema: Strengthening Global Zakat Cooperation In Increasing the Welfare of the Ummah
Untuk maklumat WORLD ZAKAT FORUM 2018 merupakan persidangan yang menghimpunkan pelbagai institusi pengurusan zakat, sarjana Islam, ahli akademik, para penyelidik, wakil-wakil kementerian, badan bukan kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam dari seluruh dunia. Mengupas bagaimana dunia Islam melalui potensi zakat dapat menyumbang kepada kepentingan umat Islam terutama dalam membasmi kemiskinan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Sidang Media tersebut.
SUMBER: Lembaga Zakat Selangor
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Ima Syuhada Ismail
Tel: 012 387 7835
Nama: Ahmad Zubir Zaiyadi
Tel: 012 295 5435
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|