|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 23/11/2018
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KRAF BORNEO 2018
Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia sedang mengadakan Festival Kraf Borneo yang berlangsung mulai 23 November hingga 3 Disember 2018 dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Lintasan Deasoka, Jalan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Festival Kraf Borneo 2018 mengetengahkan konsep 'The Living Treasures Of Borneo : Khazanah Warisan Borneo' - Sama Tapi Berbeza / Kebersamaan / Dalam Persamaan Ada Kelainan.
Sehubungan dengan itu, satu majlis perasmian akan diadakan sepertimana butiran berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 26 November 2018
Masa : 2.30 petang
Tempat : Lintasan Deasoka, Jalan Gaya, Kota Kinabalu
Disempurnakan oleh : Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian Festival Kraf Borneo 2018 tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT, KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793
www.kraftangan.gov.my
Nama : Cik Fazlin
Tel : 012 - 664 1734
Nama : Puan Norehan
Tel : 012 - 657 8824
-BERNAMA |
|
|
|
|
|