|
|
|
|
 |
| |
|
|
Sabtu 24/11/2018
JEMPUTAN MEDIA KE LAWATAN KERJA YB DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa, rakan-rakan media adalah dijemput untuk membuat liputan sempena Lawatan Kerja Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada hari Ahad, 25 November 2018.
Bagi lawatan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Klinik Kesihatan Tampoi, Hospital Kempas, JURUFOTO & JURUKAMERA dijemput untuk membuat PHOTO & VIDEO COVERAGE mengikut ketetapan berikut:
(i) Tempat berkumpul untuk lawatan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru : Lobi Bangunan Induk (bangunan warna merah), HSAJB.
Masa : 8.45 pagi - 11 pagi
(ii) Klinik Kesihatan Tampoi & Tapak cadangan Hospital Kempas.
Masa : 11.30 pagi - 1.00 tengah hari
Seterusnya, rakan-rakan WARTAWAN, jurufoto dan jurukamera dijemput untuk membuat liputan sidang akhbar pada ketetapan berikut:
(iii) Perkara : Sidang Akhbar Lawatan Kerja Menteri Kesihatan ke Johor Bahru.
Tempat : Hospital Permai, Johor Bahru
Masa : 1.15 tengah hari - 1.30 tengah hari
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan tersebut.
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Baharudin bin Mohamad
Tel : 017-2635008
-BERNAMA |
|
|
|
|
|