Disember 07, 2025 -Ahad

 
 
 

Sabtu 24/11/2018

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MUZAKARAH ZAKAT KEBANGSAAN 2018

Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Akademi Zakat dan Pembangunan Asnaf, INFAD-USIM dan Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM akan menganjurkan Muzakarah Zakat Kebangsaan 2018. Tema bagi muzakarah kali ini adalah "Kutipan dan Agihan Zakat Berdasarkan Syarak dan Perundangan: Cabaran dan Harapan".

Objektif utama muzakarah ini adalah untuk mengupas isu dan inovasi baharu yang berkaitan dengan kutipan dan agihan serta membincangkan cabaran dihadapi bagi mendapatkan mekanisme terbaik dalam memperkasakan institusi zakat di seluruh Malaysia.

Majlis perasmian ini akan disempurnakan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, YBhg. Datuk Hj Che Mat Che Ali. Turut hadir Mufti Wilayah Persekutuan, S.S. Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.

Berikut adalah butirannya:

a) Majlis Perasmian

Hari/Tarikh : Rabu 28 November 2018

Masa : 12.15 tengah hari

Tempat : Hotel Everly Putrajaya



b)Program hari kedua

Hari/Tarikh : Khamis 29 November 2018

Masa : 9.00 - 5.00 petang

Tempat : Hotel Everly Putrajaya


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis-majlis tersebut.

SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ- MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Iylia Mardhiana Mohamed Fauad
Corporate Communications Executive - Corporate Communications Unit
Tel : 019-5506747

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.