|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 26/11/2018
Sidang Media 'AmBank BizRACE' Musim Ke-2
AmBank BizRACE merupakan cabaran perniagaan yang direka untuk menyokong pertumbuhan PKS di Malaysia. Inisiatif ini dianjurkan oleh perbankan perniagaan Kumpulan AmBank, di mana AmBank BizRACE Siri 1 yang dilancarkan pada September 2017 menawarkan hadiah bernilai sehingga RM2 juta. Ia telah berjaya mendapat penyertaan yang memberangsangkan dari PKS Malaysia melalui kepelbagaian industri yang memanfaatkan pengalaman serta pembelajaran berharga dan kompetitif ini.
AmBank BizRACE musim ke-2 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 27 November 2018
Masa: 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat: Nexus Ballroom 2, Connexion @ Nexus, 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200, Kuala Lumpur
Program
2.00 petang: Ketibaan Para Media Massa
2.30 petang: Majlis Pelancaran AmBank BizRACE Musim ke 2 oleh Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi, Kumpulan AmBank
2.45 petang: Pengenalan AmBank BizRACE Musim ke 2 oleh Encik Christopher Yap, Pengarah Urusan, Perbankan Perniagaan, Kumpulan AmBank
3.00 petang: Sesi Soal Jawab
3.30 petang: Jamuan Makan
4.00 petang: Tamat
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Sidang Media 'AmBank BizRACE' Musim Ke-2 tersebut.
SUMBER: Kumpulan AmBank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Engku Ili
Tel: 017 369 6699/03-2167 6367
Nama: Somesh Naidu
Tel: 012 285 8411 / 03 2036 2296
Nama: Khairul Amri
Tel: 011 1239 9053/03 2036 1700
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|