Disember 07, 2025 -Ahad

 
 
 

Khamis 29/11/2018

MAJLIS KERJASAMA STRATEGIK DI ANTARA AGROBANK DENGAN MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD (MYDIN) DAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK) KUALA LANGAT

Agrobank dalam usaha untuk memperkasakan sektor pertanian negara bakal menandatangani dua (2) memorandum persefahaman (MoU) bersama Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) Kuala Langat disaksikan oleh YB Dato' Haji Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa 2018 (MAHA 2018) yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Majlis ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 30 November 2018

Masa: 3:00 petang - 4:00 petang

Tempat: Pentas Utama, Dewan A, MAEPS, Serdang


Program

3.00 pm: Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis

3.05 pm: Bacaan Doa

3.10 pm:

Ucapan oleh:
YB Dato' Haji Salahuddin Ayub,
Menteri Pertanian & Industri Asas Tani

3.20 pm:

Majlis menandatangani MoU dengan Mydin Mohamed Holdings Berhad

Majlis Menandatangani MoU dengan PPK Kuala Langat

Pelancaran Buku Terokai Potensi Industri Sayur-Sayuran Malaysia


3.35 pm: Sesi Bergambar

3.45 pm: Majlis Tamat

Nota:

Makluman buat semua pengunjung tapak MAHA2018 di MAEPS, Serdang: Pembayaran ruang meletak kenderaan hanyalah melalui sistem Touch & Go sahaja.

Tiada lain-lain sistem pembayaran selain daripada sistem Touch & Go. Bayaran masuk adalah RM5.00/entry.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Syarifah Syameen Syed Johari
Pegawai Perhubungan Awam
Tel: 03-2731 1652 (ext 1652) / 012-310 1766

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.