Disember 06, 2025 -Sabtu

 
 
 

Selasa 11/12/2018

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA KE MAJLIS PERASMIAN SEMINAR GAHARU KEBANGSAAN 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan menganjurkan Seminar Gaharu Kebangsaan 2018 kali kelima pada 12 hingga 14 Disember 2018.

Seminar ini dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat dan informasi terkini dan tepat berkaitan industri Gaharu di Malaysia kepada penanam pokok Karas dan pengusaha Gaharu sedia ada ataupun yang baru berkecimpung dalam aktiviti ini.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Hj. Mohd Akin, Timbalan Menteri, Kementerian Industri Utama. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 12 Disember 2018

Masa: 8.00 Pagi

Tempat: Grand Ballroom, Hotel Bangi Putrajaya off Persiaran Bandar, Bangi Golf Club, Bandar Baru Bangi, Selangor


Program

8.00 - 9.00 pagi: Kehadiran Tetamu Jemputan, Media dan VIP

9.00 - 9.20 pagi: Ketibaan Timbalan Menteri Industri Utama

Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan Doa

9.20 - 9.30 pagi: Ucapan aluan oleh YBhg. Dato' Dr. Jalaluddin Harun FASc, Ketua Pengarah, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

9.30 - 9.40 pagi: Ucapan Perasmian Seminar Gaharu Kebangsaan 2018 YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Menteri Industri Utama

9.40 - 9.45 pagi: Gimik perasmian

9.45 - 10.00 pagi: Lawatan ke mini pameran

10.00 - 10.30 pagi: Minum pagi

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

SUMBER: Kementerian Industri Utama

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat MTIB
Nama: Pn. Fia Nazeta Azilah
Tel: 011-23095 796

Nama: En. Suhaimi Othman
Tel: 017-3711 245

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.