Disember 06, 2025 -Sabtu

 
 
 

Rabu 12/12/2018

JEMPUTAN MEDIA UNTUK MENGHADIRI DAN MEMBUAT LIPUTAN PROGRAM "TOWN HALL" UNTUK KAJIAN DAN PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN HALA TUJU INDUSTRI HALAL NEGERI SELANGOR (SELANGOR HALAL ACTION PLAN) 2018 - 2028

Sukacita dimaklumkan bahawa Invest Selangor Berhad akan mengadakan program "Town Hall" untuk kajian dan penyediaan pelan tindakan hala tuju khusus bagi Industri Halal Negeri Selangor (Selangor Halal Action Plan) 2018 - 2019 yang akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Pengarah UPEN Selangor. Sehubungan itu, kami ingin menjemput rakan-rakan media untuk hadir bagi membuat liputan majlis ini yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 18 Disember 2018

Masa : 9.30 pagi - 2.00 petang

Tempat : Shah Alam Convention Centre (SACC)
9, 14 Jalan Perbadanan, Seksyen 14
40000 Shah Alam, Selangor



Program

09.30 Pagi : Pendaftaran dan Sarapan

10.00 Pagi : Bacaan Doa Pembuka Majlis

10.10 Pagi : Ucapan dan Perasmian oleh
Y.Bhg. Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim
Pengarah UPEN Selangor

10.20 Pagi : Ucapan daripada Jabatan Agama Islam
Selangor, JAIS
Y.Bhg. Dato' Haris bin Kassim
Pengarah JAIS

10.30 Pagi : Tayangan Video Invest Selangor Berhad

10.40 Pagi : Rehat

11.00 Pagi : Pembentangan Pelan Tindakan Hala Tuju
Industri Halal Negeri Selangor

12.00 Tengahari : Tayangan Video Pelan Tindakan Hala Tuju Industri
Halal Negeri Selangor

12.10 Tengahari : Sesi Soal Jawab

12.40 Tengahari : Makan Tengahari

02.00 Petang : Bersurai


Objektif sesi "Town Hall" ini diadakan adalah bagi membentangkan perkembangan pembangunan pelan tindakan khas hala tuju Industri Halal Negeri Selangor serta mendapatkan kerjasama pelbagai pihak bagi inisiatif-inisiatif yang telah dibangunkan. Sebagai makluman, pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Halal Selangor telah meluluskan cadangan bagi satu kajian menyeluruh dan penyediaan pelan tindakan khas hala tuju Industri Halal Negeri Selangor bagi tahun 2018-2028 ini dilaksanakan. Ini adalah merupakan salah satu langkah pihak kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasakan Industri Halal sejajar dengan hasrat menjadikan Negeri Selangor sebagai "Global Halal Hub" diperingkat antarabangsa.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Invest Selangor Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Haslinda
Tel : 03-5510 2005/ 2006
Emel : haslinda@investselangor.my

Nama : Puan Maryani
03-5510 2005/ 2006
Emel : maryani@investselangor.my

Nama : Puan Suhaila
03-5510 2005/ 2006
Emel : suhaila@investselangor.my

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.