Disember 06, 2025 -Sabtu

 
 
 

Rabu 12/12/2018

ZAKAT STREET ON WHEELS

Lembaga Zakat Selangor (LZS) dekati masyarakat dengan cara santai. Sambil berhibur, LZS suntik kesedaran dan kefahaman berzakat dalam kalangan masyarakat.

Pendekatan dakwah 'unik' menggabungkan pendakwah dan beberapa selebriti tanah air. Andy Flop Poppy, Saiful Apek, Daqmie, PU Amin, Iman Muda Fakhrul serta Afad & Friends Buskers. Turut memeriahkan program penampilan istimewa skuad HotFm Zoomers.

Kepada SEMUA WAKIL MEDIA, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan berbesar hati menjemput anda hadir dan membuat liputan program tersebut seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 15 Disember 2018

Masa: 9.00 malam

Tempat: PKNS Uptown Shah Alam


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Lembaga Zakat Selangor

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Ima Syuhada Ismail
Tel: 012 387 7835

Nama: Khairul Izwan Bakeri
Tel: 019 203 6317

Nama: Ahmad Zubir Zaiyadi
Tel: 012 295 5435

-BERNAMA





 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.