|
|
|
|
 |
| |
|
|
Sabtu 15/12/2018
JEMPUTAN LIPUTAN SIDANG MEDIA "COUNTDOWN YEZ 2018"
Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan sidang media "Countdown YEZ 2018" sempena bulan YEZ 2018.
Sidang media ini adalah bagi pemakluman beberapa maklumat penting berkaitan pembayaran zakat sebelum berakhirnya tahun 2018 yang akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.
Justeru, kami dengan sukacitanya ingin menjemput rakan-rakan media bagi membuat liputan sidang media ini yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 21 Disember 2018
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Dewan Al-Qardhawi, Tingkat 7, Wisma PPZ 68-1-6, Dataran Shamelin, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100, Kuala Lumpur
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ- MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Norazlina Nordin
Tel: 019 728 3839
Nama: Cik Iylia Mardhiana
Tel : 019 550 6747
-BERNAMA |
|
|
|
|
|