Disember 06, 2025 -Sabtu

 
 
 

Selasa 18/12/2018

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KRAF JOHOR 2018

Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), akan mengadakan Festival Kraf Johor pada 20 hingga 30 Disember 2018 bertempat di Padang A, Angsana Johor Baru Mall, Johor Bahru. Festival ini merupakan penganjuran kali ke-7 sejak diadakan pada tahun 2011.

Sehubungan itu, satu Majlis Perasmian akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 20 Disember 2018

Masa: 11.00 pagi

Tempat: Padang A, Angsana Johor Baru Mall, Johor Baru, Johor


Program

10.00 pagi: Ketibaan Tetamu Jemputan

10.30 pagi: Ketibaan Dif-dif Kehormat

10.55 pagi: Ketibaan
Yang Berhormat Datuk Mohammaddin bin Ketapi
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

11.00 pagi: Ketibaan
Yang Amat Berhormat Dato' Haji Osman bin Haji Sapian
Menteri Besar Johor

Lagu Bangsa Johor

Lagu Negaraku

Bacaan Doa

Citra Kraf Rakyat

Ucapan Alu-aluan oleh Yang Berhormat Datuk Mohammaddin bin Ketapi
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Ucapan Perasmian oleh Yang Amat Berhormat Dato' Haji Osman bin Haji Sapian
Menteri Besar Johor

Gimik Perasmian

Persembahan Projek Reka Bentuk Perabot Malaysia oleh
Blaine Robert Design Sdn Bhd

Acara Menandatangani Perjanjian Persefahaman

Peragaan Fesyen

Persembahan Penutup

Lawatan ke Pameran dan Jualan

Jamuan

1.00 tengah hari: Majlis Bersurai


Pelbagai aktiviti dianjurkan iaitu jualan dan pameran kraf, demonstrasi produk kraf, pendidikan dan interaktif kraf serta persembahan kebudayaan dan kesenian.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

SUMBER: Kraftangan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793 / www.kraftangan.gov.my
Nama: Cik Noor Azima / Puan Norehan
Tel: 013-727 6672 / 012-657 8824

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.