Disember 06, 2025 -Sabtu

 
 
 

Selasa 18/12/2018

UDA CARES - #ENRICHINGLIFE @ SOUTH

UDA dengan kerjasama anak syarikat UDA Land South Sdn Bhd (ULSSB) dan Angsana Johor Bahru Mall, bakal menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program 'UDA Cares - #EnrichingLife @ South'. Program yang bertujuan membantu komuniti setempat di sekitar projek pembangunan UDA di selatan tanah air ini bakal mengagihkan wang zakat ke 10 buah institusi yang layak.

Sebanyak RM100,000 bakal diserahkan ke 10 institusi berkenaan dan majlis penyerahan cek sumbangan zakat akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 19 Disember 2018

Masa : 9.30 pagi - 1.30 petang

Tempat : Ibu Pejabat UDA Land South Sdn Bhd,
Wisma SBBU,
No 1, Jalan Padi Mahsuri 12,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor

VIP : YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar
Pengarah Urusan Kumpulan UDA

Table


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: UDA Legasi Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Hanisah Kamaruzaman (Nisa)
Tel : 013 597 4264
Emel : n.hanisah@udanet.com

Nama : Latifah Osman (Lat)
Tel : 012 291 5427
Emel : lat@udanet.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.