|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 19/12/2018
PROGRAM BERMALAM DI MUZIUM NEGARA
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dengan kerjasama Kelab Nuri, Bank Rakyat akan menganjurkan Program Bermalam di Muzium Negara seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat & Sabtu 21 & 22 Disember 2018
Masa : 5.00 petang - 12.00 malam (Program Bermalam)
12.00 tengahari (Majlis Penutup 22 Disember 2018)
Tempat : Muzium Negara, Kuala Lumpur
Untuk makluman, Program Bermalam di Muzium ini bertujuan untuk mendekatkan muzium dengan masyarakat malah menarik minat masyarakat terutamanya generasi muda dalam usaha memupuk semangat patriotik dan cintakan negara.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program ini dan merasai pengalaman bermalam di dalam galeri Muzium Negara.
SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Jamil Haron
Tel : 019-964 3940
Nama : Puan Norfiza
Tel : 019-267 3138
-BERNAMA |
|
|
|
|
|