Disember 06, 2025 -Sabtu

 
 
 

Khamis 20/12/2018

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA BERSAMA PENGGIAT INDUSTRI

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Datuk Mohammaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan merasmikan Majlis Sesi Libat Urus Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Bersama Penggiat Industri seperti ketetapan berikut:-

Hari/Tarikh: Jumaat 21 Disember 2018

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Dewan Serbaguna, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia


Program

9.00 pagi: Ketibaan Peserta / Minum Pagi

9.30 pagi: Ketibaan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

Ketibaan YB Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

Ketibaan YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

9.40 pagi: Lagu Negaraku

Bacaan Doa

9.45 pagi: Ucapan perasmian oleh YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

10.00 pagi: Sidang Media

10.30 pagi: Tamat

Untuk makluman, sesi libat ini bertujuan untuk mendapatkan input dan maklum balas daripada pelbagai pihak termasuklah penggiat industri seni budaya di seluruh negara bagi memperkemaskan penggubalan Dasar Pelancongan Negara dan Dasar Kebudayaan Negara.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian sesi libat urus tersebut.

SUMBER: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn Khairiah Kamaruddin
Tel: 03 8891 7397

Nama: Pn Farizatol Huda Abdul Rahim
Tel: 03 8891 7394

-BERNAMA








 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.