|
|
|
|
 |
| |
|
|
Sabtu 05/01/2019
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA PERASMIAN MAJLIS PRA-FLAGOFF 6 NATION RIDE INDOCHINA ASEAN ATM
Dimaklumkan Perasmian Majlis Pra-Flagoff 6 Nation Ride Indochina Asean ATM akan di laksanakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 7 Januari 2019
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Program
Sila klik disini untuk Program
Untuk makluman, program konvoi bermotor ini terdiri daripada sebahagian kecil ahli-ahli pertubuhan Adventure Touring Malaysia (ATM) selama 10 hari bermula pada 8 - 18hb Januari 2019 dengan menggunakan motosikal berkuasa 200cc kebawah sahaja dengan melalui laluan darat daripada Malaysia, Thailand, Laos, Boten (Sempadan China), Vietnam dan Kemboja.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Tuan Haji Abi Khalid bin Haji Abdul Sammad
Tel: 010-3888616
-BERNAMA |
|
|
|
|
|