|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 09/01/2019
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS JOM MSPO PEKEBUN KECIL SAWIT ORANG ASLI PULAU CAREY
Sukacita dimaklumkan bahawa YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin, Timbalan Menteri Industri Utama akan hadir menyempurnakan Majlis Jom MSPO Pekebun Kecil Sawit Orang Asli anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 10 Januari 2019
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Pusat Kraftangan Sg. Bumbun, Pulau Carey, Selangor
Sila klik di sini untuk Program
Majlis yang melibatkan penyertaan 500 pekebun kecil sawit orang asli di sekitar Pulau Carey, Daerah Kuala Langat ini adalah antara siri penerangan anjuran MPOB untuk memberi kesedaran dan menggalakkan penyertaan pekebun kecil orang asli dalam pensijilan mampan MSPO.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Industri Utama (MPI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Kartina Hamzah
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Industri Utama
Tel : 016-4836753
Nama: Nur Affifah Baharim
Unit Komunikasi Korporat
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Tel : 019-5919912
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|