|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 23/01/2019
SESI TOWN HALL YB MENTERI BERSAMA PENYELIDIK DAN PENGAMAL MEDIA
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), TV Al-Hijrah dan International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) akan menganjurkan Sesi Town Hall Bersama Penyelidik Dan Pengamal Media bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 29 Januari 2019
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tghari
Tempat : Dewan Besar, IKIM

Sebagaimana yang selalu ditegaskan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ketiga-tiga teras ini bersifat inklusif dan progresif yang boleh diterima oleh seluruh rakyat negara ini tanpa mengira agama, kaum dan bangsa. Dengan mengambil kira kepentingan kefahaman yang tepat dan mendalam dalam kalangan penyelidik dan pengamal media, maka Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Sesi Town Hall Tiga Teras Utama Agensi Agama bagi kumpulan berkenaan.
Antara objektif utama program ini adalah untuk:
i. Menyediakan wadah khas untuk YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan tiga teras utama yang menjadi asas gagasan besar pentadbiran Islam di Malaysia kepada kumpulan penyelidik dan pengamal media.
ii. Memberikan peluang kepada peserta berdialog dengan YB Menteri berhubung isu-isu semasa yang timbul berkaitan tiga teras utama;
iii. Memberikan maklumat dan kefahaman yang tepat kepada peserta, bagi membolehkan penyaluran tersebut kepada khalayak yang lebih luas
Program
9.00 pagi : Pendaftaran
9.30 pagi : Ketibaan YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
9.40 pagi : Bacaan Doa
10.00 pagi : Sesi Townhall Bersama Penyelidik Dan Pengamal Media
Moderator:
Tn. Haji Mahathir b. Shaharuddin
Pemangku Pengarah Pusat Media
Institut Kefahaman Islam Malaysia
Penyampai oleh:
YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
"Tiga Teras Tonggak Utama Pentadbiran Hal Ehwal Islam
di Malaysia"
11.30 pagi : Sesi Dialog & Soal Jawab
12.30 tghari : Makan tengah hari & bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003
-BERNAMA |
|
|
|
|
|