|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 23/01/2019
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN KALENDAR PROGRAM 2019 & PERASMIAN PAMERAN THE WALL (DINDING BANDAR)
Sukacita dimaklumkan bahawa Balai Seni Negara agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC) akan melancarkan Kalendar Program 2019 & Perasmian Pameran The Wall (Dinding Bandar) sebagai pembuka acara bagi tahun 2019 serta memaklumkan kepada khalayak mengenai perancangan dan aktiviti Balai Seni Negara pada tahun 2019 seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Jumaat 25 Januari 2019
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Balai Seni Negara

Untuk makluman, Balai Seni Negara memberikan tumpuan khusus memperkasakan anak muda dalam aktiviti dan program 2019 sebagaimana pameran, festival dan pertandingan yang telah dijadualkan, antara program tersebut ialah : Pameran The Wall (Dinding bandar), sebuah pameran kreativiti seni graviti urban, pertandingan berprestij peringkat kebangsaan iaitu Bakat Muda Sezaman acara dari tahun yang telah diadakan sejak tahun 1974, dan memperkenalkan kemasukan peserta baharu program YAE! (Young Art Entrepreneurs) yang sudah mendapat sambutan. Selain daripada itu, takwim 2019 juga akan memperlibatkan pameran pelukis pelopor seni cetak dari Taiwan (Prof. Liao Shio-ping), pameran International Master Prints / pelukis seni moden terkenal dunia seperti Picasso, Matisse, Andy Warhol, Paul Klee dan lain-lain serta pameran bergerak dari Itali yang merupakan replika berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh Pelukis terkenal dunia Leornardo Da Vincci bertajuk Opera Omnia.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Pegawai Media Balai Seni Negara.
Nama: Puan Norbaidah Ambak
Tel: 019-2209387
Nama: Puan Annisa Mohamad Noor
Tel: 010-3660682
Nama: Encik Haniff Ayub
Tel: 017-2838664
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|