Disember 06, 2025 -Sabtu

 
 
 

Khamis 24/01/2019

SIDANG MEDIA PROMOSI PKNS MEGA BONANZA

Semua rakan media adalah dijemput untuk membuat liputan Majlis Sidang Media Promosi PKNS Mega Bonanza seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 25 Januari 2019

Masa: 3.30 petang - 5.00 petang
*Pendaftaran media bermula jam 3.00 petang

Tempat: Auditorium Dato' Seri Harun Idris, Blok A, Tingkat 2, Bangunan Ibu Pejabat PKNS, No.2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) buat pertama kalinya akan melancarkan Promosi PKNS Mega Bonanza dengan menawarkan rebat keseluruhan bernilai RM1 juta kepada pembeli hartanah.

Sidang media ini akan dihadiri oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Puan Hajah Norita binti Mohd Sidek.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Sidang Media tersebut.

SUMBER: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Ain
Tel: 03-55250300 / ext-1070 / 013-6826360

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.