Disember 06, 2025 -Sabtu

 
 
 

Khamis 24/01/2019

Prudential BSN Takaful Melancarkan PruBSN AnugerahPlus

Pelan komprehensif untuk membantu rakyat Malaysia mengatasi masalah kewangan apabila dilanda krisis kesihatan

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) akan menganjurkan majlis pelancaran media untuk memperkenalkan produk terbarunya PruBSN AnugerahPlus, sebuah pelan perlindungan patuh syariah mampu milik yang boleh diubah suai untuk membina pelan komprehensif mengikut keperluan dan kemampuan pelanggan.

PruBSN juga akan mengadakan sesi bual bicara bersama para pejuang kanser dan pakar perubatan untuk membincangkan kehidupan sebelum dan selepas kanser.

Kami dengan sukacitanya menjemput wartawan serta krew kamera anda untuk membuat liputan majlis dan menyertai sidang media yang bakal berlangsung.

Hari/Tarikh : Isnin 28 Januari 2019

Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengah hari

Tempat : Aras 5, MBO Cinemas, The Starling Mall, Damansara

Tetamu kehormat:
Majlis dan sidang media akan diwakili oleh;

- Nor Azman Zainal, Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN

- Wan Saifulrizal Wan Ismail, Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN

Peluang Bergambar: Ucapan, taklimat produk, filem pendek, dan forum bersama selebriti tempatan dan pakar perubatan.

Rakan-rakan media yang ingin menghadirkan diri diminta memaklumkan kedatangan selawat-lewatnya pada hari Khamis, 24 Januari 2019 ke wan.madzrina@prubsn.com.my/ 012 9331362 bagi membuat tempahan duduk dan tiket wayang percuma untuk anda.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: Prudential BSN Takaful

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Rina Ali
Penjenamaan & Komunikasi
Tel : 012-9331362, 03-20531160
Email : wan.madzrina@prubsn.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.