|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 25/01/2019
PROGRAM KOMUNITI AGROBANK
Agrobank akan menganjurkan Program Komuniti Agrobank. Program ini merupakan program masyarakat yang mendekatkan Bank dengan penduduk tempatan sempena 50 Tahun Agrobank. Pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung yang hadir seperti pamerah dan jualan, taklimat pembiayaan oleh Agrobank, pemeriksaan kesihatan percuma dan lain-lain.
Program komuniti ini akan dihadiri oleh YB Tuan Azman Nasrudin, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Kedah dan dijangka akan dihadiri seramai 500 pengunjung di sekitar Guar Chempedak.
Selain itu, beliau akan menyampaikan ucapan, sumbangan zakat dan surat tawaran pembiayaan kepada pelanggan Agrobank. Berikut adalah butiran program:
Hari/Tarikh : Ahad 27 Januari 2019
Masa : 10:00 pagi - 2:00 petang
Tempat : Agrobank Cawangan Guar Chempedak
Lot 318, Jalan Yan
Pekan Guar Chempedak
08800 Guar Chempedak, Kedah
Sila klik di sini untuk Program
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER: Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Budiotomo
Ketua Bahagian Acara Korporat dan Perhubungan Pihak Berkepentingan
Tel: 016-350 4274
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|