Disember 06, 2025 -Sabtu

 
 
 

Selasa 29/01/2019

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA SIRI JELAJAH KOMUNITI KRAF YANG BERHORMAT MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA KE NEGERI KELANTAN

Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia akan mengadakan Siri Jelajah Komuniti Kraf bersama Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia di Negeri Kelantan seperti ketetapan berikut :

1) Sesi Perjumpaan YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bersama Usahawan Kraf Negeri Kelantan

Hari/Tarikh: Sabtu 2 Februari 2019

Masa: 11.00 pagi

Tempat: Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan


2) Lawatan ke Samasa Batik Sdn Bhd

Hari/Tarikh: Sabtu 2 Februari 2019

Masa: 3.00 Petang

Tempat: Belakang Bangunan PERKESO, Jalan Kota Darul Naim, 15050 Kota Bharu


3) Lawatan ke Ayu Fashion

Hari/Tarikh: Sabtu 2 Februari 2019

Masa: 4.30 Petang

Tempat: Lot 1088, Kampung Talak,16210 Tumpat, Kelantan


4) Jemputan Makan Malam

Hari/Tarikh: Sabtu 2 Februari 2019

Masa: 8.00 Malam

Tempat: Bazar Kraf Pok Him, Bunut Payong


5) Majlis Perasmian Festival Kraf Tekstil Pantai Timur sempena Program Pemerkasaan Komuniti Kraf Malaysia Peringkat Negeri Kelantan

Hari/Tarikh: Ahad 3 Februari 2019

Masa: 9.30 Pagi

Tempat: Dataran Rehal, Kota Bharu


Program ini dilaksanakan bertujuan meninjau aktiviti penghasilan dan pembangunan produk kraf sekitar Negeri Kelantan. Sempena siri jelajah ini juga turut diadakan Festival Kraf Tekstil Pantai Timur 2019 yang berlangsung dari 31 Januari hingga 9 Februari 2019.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Siri Jelajah Komuniti Kraf melibatkan Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia tersebut.

Sumber : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Noor Azima binti Mohd Alwi
Tel : 013-727 6672

Nama : Puan Norehan binti Ab. Ghani
Tel : 012-657 8824

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.