|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 31/01/2019
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA BAGI PROGRAM SIRI JELAJAH KOMUNITI KRAF (MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KRAF TEKSTIL PANTAI TIMUR 2019 & MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMERKASAAN KOMUNITI KRAF MALAYSIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU)
Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC) akan menghadiri Program Siri Jelajah Komuniti Kraf (Majlis Perasmian Festival Kraf Tekstil Pantai Timur 2019 & Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Komuniti Kraf Malaysia Peringkat Negeri Terengganu).
Program tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu-Isnin 2 hingga 4 Februari 2019
Masa : 9.30 pagi hingga selesai
Tempat : Negeri Kelantan dan Terengganu (Rujuk program)
Program
Sila klik disini untuk Program
Untuk makluman, program ini adalah inisiatif daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menerusi Kraftangan Malaysia dalam usaha memperkasa dan mempromosikan produk kraf tekstil iaitu batik, songket, Tenun Pahang Diraja keluaran komuniti kraf khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Fazlin binti Mohamad Zaki
Tel: 0126641734
Nama: Puan Noor Azima binti Mohd Alwi
Tel: 0137276672
-BERNAMA |
|
|
|
|
|