|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 08/02/2019
JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERKESO 2019
Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina PERKESO 2019 seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Isnin 11 Februari 2019
Masa: 2.00 petang
Tempat: Grand Ballroom, Royale Signature Hotel, Alor Setar, Kedah
Objektif: Meraikan orang tanggungan pekerja khasnya ibu tunggal dan anak-anak penerima faedah dalam sambutan perayaan Tahun Baru Cina di samping dapat memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat hari ini serta dapat merakyatkan perkhidmatan PERKESO kepada masyarakat.
PERKESO turut mengundang beberapa jabatan/agensi dan pihak NGO untuk turut sama-sama meraikan majlis ini bersama golongan Ibu Tunggal & Anak Yatim Piatu.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina tersebut.
SUMBER: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn Wan Norshakila
Tel: 012-6040964
-BERNAMA |
|
|
|
|
|