Disember 06, 2025 -Sabtu

 
 
 

Selasa 12/02/2019

SIDANG AKHBAR: UNTUK MEMBUAT LIPUTAN BERITA "SAMBUTAN RUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2019"

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Negeri Selangor dan Invest Selangor Berhad sebagai Urusetia akan menganjurkan "Sambutan Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2019".

Majlis ini akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 13 Februari 2019

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Pejabat Y.B. Dato' Teng Chang Khim
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Negeri Selangor
Tingkat 3,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan


Sebagai makluman, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan majlis sambutan ini yang akan berlangsung pada 16hb Februari 2019 (Sabtu) di Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Seksyen 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Bersama-sama ini disertakan "Borang Pengesahan Kehadiran" untuk tindakan wakil-wakil media.

Sila klik disini untuk Borang Pengesahan Kehadiran

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: INVEST SELANGOR BERHAD

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Haslinda / Pn. Maryani / Pn. Suhaila
Tel: 03-55102005
Emel: haslinda@investselangor.my/maryani@investselangor.my/suhaila@investselangor.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.