ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Rabu 13/02/2019

JEMPUTAN MEDIA: UNTUK MEMBUAT LIPUTAN BERITA BAGI "SAMBUTAN RUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2019"

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan dan Industri Kecil & Sederhana (IKS), Negeri Selangor dan Invest Selangor Berhad sebagai Urusetia akan menganjurkan "Sambutan Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2019".

Majlis ini akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 16 Februari 2019

Masa : 7.00 malam - 10.30 malam

Tempat : Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Seksyen 52,
46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Program
Sila klik disini untuk Program


Sebagai makluman, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan majlis ini.

Bersama-sama ini disertakan "Borang Pengesahan Kehadiran" untuk tindakan wakil-wakil media.

Sila klik disini untuk Borang Pengesahan Kehadiran

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: INVEST SELANGOR BERHAD

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Haslinda / Pn. Maryani / Pn. Suhaila
Tel: 03-55102005
Emel: haslinda@investselangor.my/maryani@investselangor.my/suhaila@investselangor.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.