ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
 
 

Rabu 13/02/2019

SIDANG MEDIA PENJENAMAAN SEMULA RADIO IKIM SEMPENA ULANG TAHUN IKIM KE-27

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan mengadakan majlis Sidang Media Penjenamaan Semula Radio IKIM bersempena Ulang Tahun IKIM ke-27 seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 19 Februari 2019

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Rebana, Tingkat 1, Grand Bluewave Hotel, Shah Alam

Program

2.30 ptg : Ketibaan media dan para jemputan

3.00 ptg :Tayangan Video

: Aluan Pengacara Majlis
Suffian Amrin & Hazwan Syah

: Bacaan Doa

: Ucapan Perasmian
Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid
Pengerusi, IKIM

: Gimik Pelancaran

: Tayangan Video Pakej Program dan Penajaan

: Sesi Perkenalan Penyampai Radio IKIM

: Sidang Media

: Jamuan

: Persembahan Artis Jemputan
-Inteam
-Khai Bahar
-Ikhwan Fatana

5.00 ptg : Majlis Bersurai

Pengenalan:

Gagasan "Memahami Islam Membina Peradaban" adalah mandat penubuhan IKIM dalam memberi kefahaman tentang Islam kepada segenap lapisan masyarakat di dalam negara dan luar negara. Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001 dan satu-satunya stesen radio berkonsepkan pendekatan Islami berbentuk hiburan mendidik jiwa yang beroperasi selama 24 jam sehari.

Dengan tema baharu 'Inspirasi Inforia Islami' menggantikan 'Pilihan Utama Anda', Radio IKIM yang boleh dicapai dalam talian di luar negara telah berjaya mencapai lebih 1.3 juta pendengar.

Menjelang tirai 2019, radio IKIM yang menggabungkan program yang bersifat ilmu di samping hiburan yang mendidik jiwa telah membuat beberapa penambahbaikan kepada pengisian program dan penjadualan segmen serta gandingan baharu pada penyampai. Bersempena ulang tahun IKIM ke-27. Radio IKIM akan terus mengembangkan peranannya dalam penyebaran input Islam melalui 15 frekuensi dan platform digital agar mudah dicapai oleh segenap lapisan masyarakat. Kami akan sentiasa berusaha memastikan para pendengar setia Radio IKIM berpuas hati dengan program-program sedia ada dan ditambah dengan program-program baharu yang akan menjadikan Radio IKIM terus unggul menjadi pilihan utama pendengar setianya.

Objektif:

i. Mewar-warkan penjenamaan semula Radio IKIM meliputi logo baharu, tema dan kandungan program;

ii. Mewar-warkan pembaharuan kandungan program di Radio IKIM; dan

iii. Penampilan gandingan baharu para penyampai Radio IKIM.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Sidang Media Penjenamaan Semula Radio IKIM sempena Ulang Tahun IKIM ke-27 tersebut.

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat, IKIM
Nama : Pn. Zawiah Md. Sari
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah Wan Zainuddin
Tel : 03-6204 6330/013-9580726

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.