|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 15/02/2019
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS SIDANG MEDIA & COUNTDOWN HARI KRAF KEBANGSAAN 2019
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia akan mengadakan sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2019 mulai 28 Februari hingga 11 Mac 2019 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Sambutan kali ke-17 ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan industri kraf tempatan serta meningkatkan pendapatan usahawan kraf sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sambutan pada kali ini turut diadakan serentak di pusat beli-belah mengikut zon negeri dan di hotel-hotel di sekitar Lembah Klang bermula dari 28 Februari hingga 31 Mac 2019.
Sehubungan dengan itu, pihak Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput pihak media hadir ke Majlis Sidang Media & Countdown Hari Kraf Kebangsaan 2019 seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh: Isnin 18 Februari 2019
Masa: 2.30 petang
Tempat: Laman Wau Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Bersama: Yang Berbahagia Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah, Kraftangan Malaysia
Program
2.30 petang: Ketibaan Rakan Media
Ketibaan Tetamu Jemputan
3.00 petang: Ketibaan
Yang Berbahagia Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
Ucapan dan Taklimat HKK 2019 oleh Yang Berbahagia Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
Sesi Pengenalan Rakan Strategik
Ucapan oleh Rakan Strategik
- Polis Diraja Malaysia
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Countdown HKK2019
Lawatan ke Pameran Produk Hari Kraf Kebangsaan 2019
Jamuan
4.30 petang: Majlis Bersurai
Sempena Majlis Sidang Media ini, Kraftangan Malaysia juga akan mengadakan prebiu Pameran Produk Baru Kraf & Reka Hias juga Pameran Kraf Komuniti Ku yang akan diperkenalkan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2019. Kesudian pihak media melapangkan masa hadir ke majlis ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis sidang media tersebut.
SUMBER: Kraftangan
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Noor Azima binti Mohd Alwi
Tel: 013-727 6672
Nama: Puan Norehan binti Ab. Ghani
Tel: 012-657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|