Disember 05, 2025 -Jumaat

 
 
 

Isnin 25/02/2019

PruBSN Mikrotakaful Jariyah Bantu Ringankan Beban 8,600 Golongan Miskin Tegar Di Pantai Timur

Program pertama seumpamanya menyediakan perlindungan asas takaful keluarga bertempoh 12 bulan tanpa sebarang bayaran

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) melalui badan amalnya PruBSN Prihatin dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri telah melancarkan PruBSN Microtakaful Jariyah iaitu program pertama seumpamanya yang menyediakan perlindungan asas takaful keluarga bertempoh selama 12 bulan untuk golongan miskin tegar dan miskin yang terpilih dan layak secara percuma.

Melalui program ini, pihak penama/keluarga akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM10,000 sekiranya berlaku kematian kepada ketua keluarga/pencari nafkah. Bantuan kewangan ini bertujuan membantu meneruskan kelangsungan hidup keluarga yang ditinggalkan.

Susulan daripada pelancaran program pada Mac tahun lalu, PruBSN dan ICU akan menganjurkan sesi agihan dan penyerahan kepada para penerima di Kelantan. Seramai 748 penerima manfaat daripada 8,600 yang layak di rantau Pantai Timur akan diberi taklimat dan kad PruBSN Mikrotakaful Jariyah pada majlis yang akan dianjurkan bagi daerah Bachok, Kelantan.

Kami dengan sukacitanya menjemput para wartawan serta krew kamera anda untuk membuat liputan majlis dan menyertai sidang media yang bakal berlangsung.

Hari/Tarikh : Khamis 28 Februari 2019

Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari

Tempat : Dewan AD Banquet & Catering
164 (A), Kampung Seri Sentosa, Beris Kubur Besar
16050 Bachok, Kelantan (Lihat Google Maps)


Tetamu kehormat: Majlis akan diwakili oleh tetamu kehormat;

- Nor Azman Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif, PruBSN

- Amir Zakri Mahmad Mahyidin, Pengarah, Jabatan Pembangunan Persekutuan (Kelantan)

Peluang rakaman foto : Ucapan tetamu kehormat, sidang media, penyampaian cek kepada penama dan taklimat kepada para penerima manfaat dari daerah Bachok.

Program

9:00 pagi : Ketibaan Peserta (Penerima perlindungan Microtakaful Jariyah)

9:45 pagi : Ketibaan VIP

10:00 pagi : Bacaan Doa

: Ucapan dari Ketua Pengarah ICU (tentatif)

: Ucapan dari wakil JPP

: Ucapan dari pihak pengurusan PruBSN

10:30 pagi : Penyerahan Mock Up bayaran kepada waris penerima manfaat

i. Noryati bt Mohd (waris arwah Mohd Alias Bin Abdullah)

ii. Fazli Yana Bt Ghazali (waris arwah Hafizi Bin Mat Ariffin)

iii. Nor Riza Bt Mohd Nor (waris arwah Yusdi bin Yusoff)

: Sesi bergambar

: Sesi soal jawab media bersama Pengurusan PruBSN & waris penerima manfaat di ruangan khas (to be confirmed) - VIP lain beredar untuk jamuan ringan

11:00 pagi : Taklimat berkenaan PruBSN Microtakaful Jariyah dari wakil PruBSN kepada peserta

: Sesi soal jawab dan pengisian borang penamaan

: Sesi penyerahan surat dan kad perlindungan PruBSN Microtakaful Jariyah

1:00 tengahari : Makan tengahari & bersurai

Rakan-rakan media yang ingin menghadirkan diri diminta memaklumkan kedatangan selawat-lewatnya pada hari Rabu, 27 Februari 2019 ke wan.madzrina@prubsn.com.my atau 012-9331362.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: Prudential BSN Takaful

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Rina Ali
Pengurus, Penjenamaan & Komunikasi, PruBSN
Tel : 012-9331362, 03-20531160
Emel : wan.madzrina@prubsn.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.