Disember 05, 2025 -Jumaat

 
 
 

Isnin 25/02/2019

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA PEKERJA INISIATIF PERKESO DAN PDRM PERINGKAT ZON UTARA

Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan majlis di atas seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 26 Februari 2019

Masa : 11.00 pagi

Tempat : GP LUMUT LOT.15652-15653,
KAWASAN PERINDUSTRIAN KG. ACHEH,
32000 SETIAWAN, LUMUT, PERAK DARUL RIDZUAN

Perasmi : YBhg. Dato' Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato' Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO

Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya ini merupakan usaha berterusan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang awam terutamanya golongan pekerja bagi mempertingkatkan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nurashikin
Tel : 011-3274 2456

Nama : En. Mohd Shaperi
Tel : 012-6064197

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.